Trailer filem Jwanita, sebuah karya OSMAN ALI.
Assalamualaikum and Hi.
Berbekalkan sisa cuti yang tersusun rapi untuk AIDILADHA, dengan senang hati kami turut mempersiapkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang 'OKE' dan tidak membosankan. One of those activities is watching movies. Kebanyakan filem saya tonton melalui online saja, namun apakan daya, kalau filem baru 'fresh dari oven' belum boleh ditonton melalui laman sesawang! Kalau nak support filem Malaysia, apa salahnya ke panggung wayang terdekat dan tontonlah filem kita! Asyik-asyik filem Mat Salleh je penuh seat, filem tempatan tidak. Hargailah filem buatan kita yang tidak kurang hebatnya!
Filem Jwanita diarahkan oleh Osman Ali ini adalah berdasarkan sebuah kisah benar berkaitan dengan peristiwa jenayah yang pernah berlaku suatu ketika dulu.
Filem-filem arahan pengarah terkenal tanah air, Osman Ali tidak pernah mengecewakan, berbaloilah dengan bayaran untuk tiket menonton di pawagam. Kalau sebelumnya menjadi trend beliau untuk mengarahkan filem genre cinta, yang membuat para gadis dan teruna, juga pasangan yang sudah menikah memenuhi ruang panggung begitu teruja dan terkesan dengan filem OMBAK RINDU, kali ini beliau tampil dengan sesuatu yang baru, filem genre Horror/Thriller, JWANITA.
Menurut info laman sesawang, filem ini adalah filem pertama antara NUANSA SDN.BHD yang diterajui oleh Julian Jayaseela dan EHSAN PRODUCTION SDN.BHD dengan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1.5juta. Filem ini mendapat penajaan dari Yeos, Kopi Hang Tuah dan Paradiso Cafe.
Dengan menampilkan barisan pelakon yang dah kira otai dan sangat berbakat besar dalam industri perfileman tanah air Malaysia seperti Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne, Umie Aida dan Marsha Milan Londoh, saya yakin bukan hanya saya yang teruja ingin menontonnya, pasti anda juga sama! Filem ini bermula tayangannya di seluruh pawagam tanah air pada 24 September 2015.
Oleh kerana saya sememangnya penggemar tegar terhadap filem horror, saya juga tidak melepaskan peluang untuk menonton filem JWANITA ini semalam, setelah sekian lama saya menunggu filem ini untuk release! I'm very sure, midnight show would be more interesting. Ye lah, filem seram kan, tengok siang hari pun dah takut menggigil inikan pula malam. I told ya, filem ini sumpah seram, setanding dengan filem seram negara jiran, THAILAND. Memandangkan no man accompany us, para gadis menonton, dan fikir kami bahaya juga kalau dah malam-malam masih di luar tanpa teman, so we decided to choose late evening show around 5.05 P.M. Just nice la kan. Tak cerah dan tak gelap. Kalau yang jenis penakut tu, you better don't watch it. Horror/Thriller/Psycho-bayangkan semuanya serentak dalam satu filem ini, jalan cerita dan watak serta lakonan sampai ke benak fikiran dan menusuk ke hati.
Ingat eh pesanan hakak, tontonlah movie ini tengah malam, supaya anda semua terkencing, menangis-nangis ketakutan. Ramai tau yang tak berani tengok, kalau boleh anak-anak kecil yang selalu takut-takut takleh tidur malam tu janganlah diajaknya tengok filem ini. Pesanan ikhlas ni. Kesian.
Sinopsis:
JWANITA(Maya Karin), merupakan nama seorang gadis yang tinggal di rumah anak yatim bersama adiknya, Julaika(Cristina Suzzane) setelah kematian orang tua mereka. Semenjak itu, Jwanita mengalami tekanan jiwa dan gangguan emosi, kerap marah dan sering mengamuk jikalau ada sesuatu yang tak berkenan di hatinya. Penyakitnya lebih parah lagi setelah Julaikha, adik kesayangannya telah diambil sepasang suami isteri yang kaya raya untuk dijadikan anak angkat dan meninggalkannya sendirian di asrama itu. Kesengsaraan Jwanita berlarutan setelah dijadikan anak angkat kepada sepasang suami isteri pengamal ilmu hitam yang sering mendera fizikal dan mentalnya. Permulaan dari segalanya apabila Jwanita curi-curi keluar dari asrama rumah anak yatim itu untuk ke alamat 'rumah baru' Julaika namun harapan untuk tinggal bersama adiknya musnah apabila dia diculik oleh pasangan tersebut.
Jiwanya tidak lagi boleh diubati dan penyakit mentalnya makin menjadi-jadi. Hidup dalam dunia gelap, ilmu hitam, sihir dan bermain dengan pemujaan syaitan dan darah sejak kecil hingga meningkat dewasa, pada akhirnya Ibu (Umie Aida) dan ayah angkatnya telah dibunuh oleh Jwanita sendiri.
Kemunculan Dr.Farhan (Bront Palarae) dalam kehidupan Jwanita sebagai Psychiatrist, telah memberi sinar baru kepadanya. Dia menaruh harapan tinggi untuk memiliki Dr.Farhan. Sinar yang pada mulanya dijadikan tali pengharapan untuk Jwanita bergantung, akhirnya musnah tinggal angan-angan dan bayang-bayang. Dr.Farhan membawa Julaika yang merupakan tunangannya bertemu Jwanita setelah Julaika mendapat 'instinct' bahawasanya pesakit Dr.Farhan yang dibaca di laman akhbar adalah kakaknya. Julaika membawa kakaknya tinggal bersamanya seperti yang pernah dijanjikannya suatu ketika dulu.
Sakit Jwanita kembali lagi dan dendamnya terhadap Julaika berkali ganda kerana dia merasakan kehidupan Julaika jauh lebih baik dan beruntung darinya. Jwanita menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki buat kali kedua dalam hidup Julaika setelah Julaika menikah dengan Dr.Farhan dan sempat memberi parut amarah terhadap Nona (Marsha Milan Londoh), pembantu rumah keluarga angkat Julaika, yang menghalang dirinya untuk pergi. Namun, dia kembali lagi beberapa tahun kemudian. Hadirnya kali ini dengan dendam kesumat dan azam ingin mengabadikan cintanya bersama-sama Dr.Farhan.
Kehadiran Jwanita membuatkan Julaika berasa sungguh gembira dan bahagia, tidak mahu terpisah lagi. Diajak Jwanita tinggal bersama dengannya, suami dan anak-anaknya. Setelah itu satu demi satu kejadian mengerikan berlaku. Parahnya lagi, dengan pengamalan ilmu hitam, sesi pemujaan dan ritual membangkitkan mayat yang dipraktikkannya dulu bersama-sama keluarga angkatnya, kini diguna pakai untuk memusnahkan dan membunuh sesiapa sahaja yang dianggap menjadi penghalang kepada cita-citanya untuk menghancurkan Julaika dan memiliki Dr.Farhan. Apa kesudahannya? Tontonlah segera di pawagam.

"Di mana dia adik sayang beta, adik sayang beta ada di mana-mana. Di mana dia kakak sayang beta, kakak sayang beta ada di mana-mana"
Satu je yang saya suka dengan lakonan Maya Karin ni. Bukan genre cinta je menjadi, seram lagi oke kot. #ratufilemserammalaya #goestoMayaKarin. Kalau pelakon lain bawa watak psiko macamni, mungkin tak berapa menjadi, but MAYA KARIN did it very well. Saya kurang pasti apa yang merasuk dia sampaikan setiap apa yang dibicarakan, lirikan matanya, gerak gerinya memang nampak real. Betul-betul dia menjiwai watak dan dia berjaya menghidupkan watak tersebut. Kalau saya berada di lokasi shooting, gamaknya saya anggap dia sudah dirasuk, padahal dia sedang bermain dengan wataknya sebegitu. LOL.
Pernah dengar tak suku kaum Kanibal? Mereka membunuh manusia, memakan dan meminum daging dan darah manusia. Mereka mengamalkan ilmu hitam dengan menghidupkan kembali mayat dengan memuja darah dan mayat manusia yang dibunuhnya. Ngeri. Dalam filem ini juga menampilkan beberapa scene yang tak sanggup mata kasar tengok skrin besar di pawagam. Pelbagai aksi yang membuat jantung berdegup kencang seperti mahu tercabut saja dari posisinya. Mula-mula tayangan pun dah bermain dengan darah. Boleh bayangkan tak keselurhan tayangan tu ada je part yang membuatkan kita terkejut, takut, suspen, dan banyak lagi. Nah ini foto salah satu scene. Digali kuburan yang berpenghuni mayat dengan tujuan pemujaan dan membangkitkan mayat tersebut untuk berjasa kepada dirinya yang hidup.
Tanpa Julaika dan Dr.Farhan sedar, diam-diam Jwanita memasuki bilik mereka dan tidur di sebelah Dr.Farhan.
Part yang dah nak hujung-hujung, setelah Julaika mengetahui yang kakaknya masih 'sakit' dan mengamalkan ilmu hitam. Seram woiiii, gi sendiri, dah tak berani cerita di blog, nanti termimpi-mimpi.
"Jika kau pilih jalan syaitan, pintu neraka sudah lama menanti."
OST Filem Jwanita. Lagu Dendam Cinta. Nyayian Alyah. Karya Zaidi Abd. Rahman
Dengan berlatar belakangkan lagu Dendam Cinta dari Alyah ini akan memberikan impak hebat, tak lapuk dek ingatan penonton. Bulu roma makin tegak berdiri. Lagu itu pun berhantu. Sangat kena dengan jalan cerita Jwanita ini.
"Keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan filem ini kerana ia satu-satunya filem genre seram MALAYSIA yang tidak bodoh dan diterima dek akal. Tak ada unsur lawak yang entah apa-apa dan mesejnya sampai zup deras ke dalam hati. Apa mesejnya? Kenapa Jenayah berlaku? Kenapa adik beradik, ibu dan anak, nenek dan cucu sanggup parang-memarang, bergolok-bertetak sesama sendiri? Ia diakibatkan oleh masalah hati dan mental. Bila ada setan di kepala kita, maka hati kita juga akan menyetan sekaligus kita bertindak tak kurang seperti setan. Faham-fahamkan lah sendiri. Bersahabatlah dengan jiwa yang bersih. Dendam kesumat dilempar jauh-jauh. Berkasih sayanglah sesama kita manusia. Jangan sesekali belajar dan mendekati ruang alam gelap. Terokalah ilmu dalam cerah supaya kita dituntun dengan keberkatan dan kejernihan hidup."
My Rating: 5/5
Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.